Pemandu lori, kelindan maut dalam kemalangan babit 3 kenderaan

Pemandu lori, kelindan maut dalam kemalangan babit 3 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Dua maut selepas lori muatan jagung terlibat dalam kemalangan dengan tiga buah kenderaan lain di Kilometer 403 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.27 tengah hari itu, mereka yang maut terdiri pemandu lori dan kelindannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pemandu lori berusia 51 tahun itu meninggal Hospital Slim River kira-kira pukul 3.10 petang.

Manakala kelindannya yang juga warga Bangladesh berusia 30 tahun maut di tempat kejadian.

Beliau berkata,kemalangan itu juga menyebabkan tiga lagi mangsa cedera parah.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Rush bergesel dengan lori muatan jagung itu.

“Susulan itu, lori berkenaan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lagi lori jenis Scania,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Ahmad Mukhlis berkata, pemandu Toyota Rush berusia 18 tahun dihantar ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan.

“Dua lagi mangsa iaitu penumpang kereta berkenaan berusia 52 tahun dan pemandu lori Scania berumur 26 tahun mengalami cedera ringan,”jelasnya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya