Pemandu Kelisa larikan gadis OKU direman empat hari

Pemandu Kelisa larikan gadis OKU direman empat hari

SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka bagi mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan. - UTUSAN/ARIF HAMIZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pemandu kereta Perodua Kelisa berwarna perak yang dipercayai melarikan gadis orang kurang upaya (OKU) dari Taman Rambai Idaman, Bukit Rambai di sini, kelmarin direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 10 April itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh, N. Sivashangari terhadap suspek berusia 40 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Suspek tiba di pekarangan mahkamah sekitar pukul 3.30 petang tadi dengan memakai jaket hitam dan berkain pelekat sambil diiringi polis. 

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, seorang lelaki diberkas polis selepas disyaki melarikan seorang gadis OKU pembelajaran, Nurin Wardina Hairi, 18, dengan menaiki Perodua Kelisa berwarna perak. 

Susulan laporan polis dibuat ibu mangsa, suspek yang berasal dari Melaka berjaya dikesan dan diberkas pada pukul 4 pagi tadi di Jalan Jati, Sungai Petani, Kedah.

Hasil soal siasat, suspek dipercayai turut membawa mangsa ke beberapa lokasi lain termasuk Seremban, Negeri Sembilan; Ipoh, Perak dan Bukit Mertajam, Pulang Pinang sebelum ke kampungnya di Kedah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pemeriksaan fizikal awal terhadap mangsa mendapati tiada sebarang kesan kecederaan luaran.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan suspek tidak menemukan sebarang barang salah, namun lelaki terbabit mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya