Pemandu BMW mengaku tak bersalah sebabkan kematian penghantar makanan

Pemandu BMW mengaku tak bersalah sebabkan kematian penghantar makanan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pekerja bengkel, Kok Zi Kang, 25, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan termasuk memandu dalam keadaan mabuk yang menyebabkan kematian tragik seorang penghantar makanan, Mohd. Taufik Ariff Sariff, 37, pada 13 April lalu.

Zi Kang didakwa memandu kereta BMW 530i di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had dibenarkan, iaitu 26 miligram (mg) dalam setiap 100 mililiter (ml) darah. Tindakan tersebut menyebabkan kematian mangsa di Kilometer 16, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, berhampiran Taman Desa Jaya, pada sekitar 2.10 pagi. Pada waktu kejadian, mangsa sedang membantu seorang lelaki Myanmar yang terlibat dalam kemalangan apabila dirempuh oleh kenderaan tertuduh.

Tertuduh turut menghadapi tuduhan mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada kereta yang dipandunya sekitar pukul 4.30 pagi di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, pada hari yang sama.

Zi Kang didakwa di bawah Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda maksimum RM100,000. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Tasnim Salleh, sementara tertuduh diwakili oleh peguam bela, Chuah Shyue Chien.

Majistret Nur Fatin Mohamad Farid membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000, dengan syarat melapor diri di balai polis setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah. Lesen memandu tertuduh digantung sehingga perbicaraan selesai. Sebutan semula kes dijadualkan pada 19 Mei.

Kehilangan mangsa, yang baharu mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu, mengundang kesedihan mendalam di kalangan ahli keluarga dan masyarakat. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan, meninggalkan isteri yang masih muda dan penuh harapan untuk masa depan bersama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya