Peluang bertanding MPP tidak terjejas - Adam Adli

Peluang bertanding MPP tidak terjejas – Adam Adli

ADAM ADLI ABDUL HALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kegagalan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abdul Halim bagi merebut jawatan Timbalan Ketua PKR Cabang Hang Tuah Jaya tidak menghalangnya untuk terus menawarkan diri bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan parti itu bulan hadapan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, kekalahan dirinya dalam pemilihan parti di peringkat cabang itu diterima dengan hati terbuka dan kini fokusnya diberikan untuk meraih sokongan bagi merebut jawatan di peringkat Pusat.

“Inilah masanya saya membantu meneruskan perjuangan parti sebagai salah satu cara untuk menyumbang tenaga kepada parti sesuai dengan kedudukan saya memegang jawatan dalam kerajaan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

“Adalah tidak adil saya berada dalam kerajaan jika saya tidak memainkan peranan aktif dalam kepemimpinan parti terutama menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 nanti.

“Setakat ini sokongan terhadap saya bertanding MPP amat baik terutama daripada Angkatan Muda Keadilan. Walaupun saya lihat cabaran bertanding ini amat sengit dan sebagai pemimpin muda mengapa tidak saya berada dalam MPP,” ujarnya.

Adam Adli dalam itu mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin yang memenangi jawatan Ketua PKR Cabang Hang Tuah Jaya.

Adam Adli tewas bagi jawatan Timbalan Ketua PKR Cabang Hang Tuah Jaya kepada Zamzizul Nordin selepas memperoleh 791 undi manakala lawannya mendapat 1,905 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya