Pelbagaikan pasaran baharu industri kayu

Pelbagaikan pasaran baharu industri kayu

JOHARI Abdul Ghani (kanan) menerima cenderamata daripada Pengerusi CTCS Worldwide Sdn. Bhd., Datuk Razali Mohammad ketika merasmikan pejabat baharu syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mempelbagaikan pasaran baharu sebagai pengeksport kayu dengan meningkatkan kualiti produk, biarpun terkesan kadar tarif Amerika Syarikat (AS).

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, eksport industri perkayuan mencecah RM22.9 bilion setakat 2024 dan ia kekal sebagai penyumbang penting kepada ekonomi negara.

Beliau berkata, tumpuan negara harus diberikan secara konsisten menghasilkan barangan berkualiti tinggi dengan mutu kerja yang unggul walaupun tarif itu menjejaskan banyak negara.

“Jangan hadkan eksport kita kepada satu negara sahaja. Mana-mana negara yang menyatakan minat terhadap produk kita harus melihat bahawa eksport Malaysia memenuhi standard antarabangsa yang tinggi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pejabat baharu CTCS Worldwide Sdn. Bhd. di Menara PGRM 2 di sini, semalam.

Tambah Johari, sebanyak 830 buah syarikat bumiputera telah berdaftar dengan industri per­kayuan setakat ini.

“Sebanyak 20 buah syarikat telah berjaya menembusi pasaran eksport daripada jumlah tersebut.

“Sasaran kita adalah untuk melihat lebih banyak syarikat bumiputera menembusi pasaran antarabangsa dan terus mengharumkan nama Malaysia sebagai peneraju dalam industri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya