Pelanggan nasi kandar terkejut lelaki mengamuk bawa pisau

Pelanggan nasi kandar terkejut lelaki mengamuk bawa pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Sekumpulan pelanggan yang sedang menjamu selera di sebuah restoran nasi kandar di Jitra di sini, dikejutkan dengan kejadian amuk melibatkan seorang lelaki yang menghidap masalah mental, malam tadi.

Dalam beberapa klip video yang tular, individu berkenaan dilihat membawa sebilah pisau sambil menakut-nakutkan pekerja restoran tersebut.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, kejadian pada pukul 10.35 malam itu melibatkan lelaki berusia 48 tahun yang memiliki kad orang kurang upaya (OKU).

“Dia bagaimanapun berjaya ditenangkan oleh pekerja restoran dan orang awam yang berada di lokasi kejadian. Kejadian dipercayai berlaku kerana dia tidak mengambil ubat mengikut jadual. 

“Tiada kemalangan jiwa berlaku dan lelaki itu ditahan selepas polis ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan,” katanya.

Tambah Mohd. Radzi, suspek yang berasal dari Wang Tepus, Jitra dibawa ke balai polis untuk proses dokumentasi manakala pemilik restoran terlibat turut membuat laporan polis pada pukul 1.22 pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya