PETALING JAYA: Seorang pelakon wanita terkenal didakwa sudah berkahwin dengan jejaka yang tidak didedahkan identitinya, minggu lalu.
Menurut sumber, majlis perkahwinan yang diadakan di Kuala Lumpur itu berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan artis terdekat.
Dalam majlis akad nikah itu, pelakon tersebut dilihat cantik mengenakan busana serba putih sesuai dengan tema putih keemasan yang dipilih pasangan sejoli itu.
Bagaimanapun, menurut sumber, pelakon wanita tersebut sedang mencari masa yang sesuai untuk berkongsi berita gembira ini kepada umum.
Dikatakan, pelakon tersebut mula mengenali dan rapat dengan jejaka tersebut lebih dari empat tahun lalu. -UTUSAN