Pelakon kerja tak tetap, mengemis - Idzham Ismail - Utusan Malaysia

Pelakon kerja tak tetap, mengemis – Idzham Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Alhamdulillah, dulu pun saya memang tak ada duit, makan duit isteri.”

Demikian sindiran pelakon, Idzham Ismail terhadap seorang netizen yang memperlekehkan taraf kehidupannya dengan bekas isteri, Siti Nur Abilah.

Kata Idzham, kerjaya sebagai seorang pelakon tidak mempunyai pendapatan yang tetap sehinggakan dirinya terpaksa bergantung dengan bekas isterinya termasuklah perihal pendidikan anak-anak.

“Pelakon kerja tak tetap, mengemis. Rumah pun bekas isteri bagi duduk rumah dia.

“Kereta dia pun saya pakai. Sekolah anak-anak pun dia tanggung. Itulah kena cari yang boleh sara hidup saya lepas ini,” katanya.

Tidak terhenti di situ, pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu turut berpesan kepada individu tersebut supaya tidak berkenalan dengan pelakon kerana dianggap miskin.

“Kerja pelakon ini miskin. Jangan kenal dengan pelakon,” katanya.

Terdahulu, Idzham tampil berkongsi kenyataan seorang individu yang menyifatkan pelakon itu tidak sesuai berkahwin dengan bekas isterinya kerana taraf pendapatan mereka berbeza.

“Memang tak sesuai abang dengan bekas isteri. Bekas isteri ada kerja bagus, abang kerja tak tetap, lepas ini cari yang duduk rumah,” kata individu berkenaan.

Untuk rekod, Idzham mengesahkan perceraiannya dengan Siti Nur Abilah Shamsudin pada 4 November 2024 selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan tersebut telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara dan Muhammad Idrus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN