Pelajar mulut berbuih diserang sawan selepas hisap vape di tandas sekolah

Pelajar mulut berbuih diserang sawan selepas hisap vape di tandas sekolah

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Kangar diserang sawan selepas dipercayai menghisap vape atau rokok elektronik di tandas sekolah itu di sini, semalam.

Pengarah Pendidikan negeri, Rose Aza Che Arifin berkata, berdasarkan siasatan awal, pelajar itu didapati keluar kelas tanpa kebenaran guru bertugas sewaktu menjawab kertas peperiksaan Bahasa Inggeris bersama dua rakannya sekitar pukul 9.30 pagi. 

Katanya, guru yang mengambil tugasan mengawas di kelas berkenaan kemudiannya melihat murid terbabit dipapah oleh dua rakannya masuk ke kelas dalam keadaan tanpa sedar dengan mulut berbuih. 

“Guru bertugas telah melaporkan kejadian itu kepada pentabir lalu pihak sekolah turut menghubungi ambulans dan waris murid terlibat,” katanya di sini hari ini. 

Ros Aza berkata, siasatan awal juga mendapati mangsa dipercayai telah mengisap vape bersama rakan di tandas sekolah berkenaan sebelum diserang sawan.

Katanya, bagaimanapun, jenis vape yang digunakan itu masih belum dapat dikenalpasti oleh pegawai perubatan buat masa ini.

“Murid terlibat juga telah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya. 

Katanya, susulan kejadian ini, pihak sekolah turut menghantar laporan awal kepada Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya