Pekerja cuci kereta dijel tujuh bulan ugut sebar video bogel wanita

Pekerja cuci kereta dijel tujuh bulan ugut sebar video bogel wanita

MUHAMMAD Haiqdil Abdul Rani dipenjara tujuh bulan atas pertuduhan melakukan pemerasan menggunakan video bogel di Mahkamah Majistret Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang pekerja pusat cuci kereta dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana melakukan pemerasan menggunakan video bogel kenalan wanitanya, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Haiqdil Abdul Rani, 30, mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Eliana Ismail.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja melakukan pemerasan ke atas wanita berusia 30 tahun dengan mahu menyebarkan video bogel mangsa sehingga mendatangkan ketakutan terhadapnya.

Perbuatan itu kemudian mendorong mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM2,510 kepada tertuduh. Kesalahan dilakukan di Kampung Titi Haji Idris, Tajar di sini kira-kira pukul 10.35 malam, 7 April lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. Jayasri dilakukan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang meperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mengikut fakta kes, tertuduh dan mangsa mengenali antara satu sama lain menerusi media sosial sebelum komunikasi antara mereka berlanjutan kepada panggilan video.

Muhammad Haiqdil yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan berikutan dia hanya memperoleh pendapatan RM30 sehari serta perlu menyara ibu dan enam adik.

Jayasri bagaimanapun memohon hukuman setimpal kerana mangsa telah diperas ugut berulang kali.

Mahkamah seterusnya menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dari tarikh dia ditahan. Tertuduh kemudian dibawa ke Penjara Pokok Sena untuk menjalani hukuman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya