PETALING JAYA: Leftenan Kolonel Ts Dr Maimunah Omar dari Institut Pertahanan & Keselamatan Malaysia (MiDAS) menjadi menjadi pegawai wanita tunggal dari benua Asia dan wakil tunggal ASEAN yang diberi kepercayaan berada di pentas antarabangsa Forum Kepimpinan Pertahanan di Warsaw, Poland.
Wanita itu diberi penghormatan dan kepercayaan sebagai salah seorang speaker daripada 84 orang pegawai dari seluruh dunia.
Menurut Kementerian Pertahanan Malaysia, pemilihan Maimunah itu susulan daripada penglibatan cemerlang beliau sebagai salah seorang speaker semasa seminar dan bengkel Five Power Defence Arrangement (FPDA)-Logistic Group dan FPDA Working Group pada tahun lalu.
Katanya, penghormatan itu sekali gus menjadikan beliau sebagai pegawai wanita tunggal dari benua Asia dan wakil tunggal dari ASEAN yang diberi kepercayaan berada di pentas antarabangsa tersebut bersama-sama dengan speaker dari European Union (EU), Pemimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), tentera British, Kanada dan Amerika Syarikat (AS).
Dalam program tersebut, Maimunah menyampaikan perkongsian bertajuk ‘Military and HADR Logistics in ASEAN: Challenges and Opportunities, di mana fokus perkongsian adalah menjurus kepada mekanisme pengendalian bencana oleh ASEAN menerusi pelbagai platform dan saluran.
Turut bersama Maimunah adalah 84 pegawai lain, terdiri daripada Pegawai Kanan Tentera, SME dan Pemain Industri Pertahanan yang diundang khas di program Defence Leaders Forum di Warsaw, Poland pada 25 sehingga 27 Mac yang lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Maimunah juga memaklumkan kolaborasi bersama EU menerusi ESIWA (Enhancing Security Cooperation in and with Asia), German Armed Forces dan MiDAS akan diadakan dimana bengkel Pengurusan Bencana bersama ASEAN itu akan diadakan pada September ini di Kuala Lumpur. – UTUSAN