Pegawai kanan polis mengaku tak bersalah peras ugut wanita RM10,000 

Pegawai kanan polis mengaku tak bersalah peras ugut wanita RM10,000 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang wanita berusia 23 tahun, tahun lalu.

Zuhairi Zubir, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan.

Mengikut pertuduhan, Zuhairi didakwa melakukan pemerasan terhadap mangsa dengan mengugut untuk mengambil tindakan berkaitan kesalahan jenayah bagi tujuan mendapatkan wang sebanyak RM10,000 di Pejabat Bahagian Siasatan Narkotik, IPD Cheras pada 1 Oktober 2024 pada pukul 4.30 petang.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor M. Alli Nangai mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin serta memohon satu tarikh ditetapkan bagi serahan dokumen.

Peguam, Datuk Rosal Azimin Ahmad yang mewakili tertuduh, memohon jaminan dikurangkan kepada RM2,000 atas alasan tertuduh adalah penjawat awam yang telah berkhidmat lebih 20 tahun serta tidak berisiko melarikan diri daripada prosiding mahkamah.

“Tertuduh seorang penjawat awam yang masih lagi bertugas dan tidak ada kemungkinan beliau tidak hadir ke mahkamah. 

“Beliau tidak pernah ada rekod disiplin sebelum ini. Saya percaya pada hari ini, isteri kepada tertuduh akan hadir untuk jamin, saya rasa adil untuk kenakan hanya RM2,000,” katanya. 

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Mei ini bagi serahan dokumen.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya