PBT tiada garis panduan kod pakaian pekerja kedai makan

DUN Terengganu: PBT tiada garis panduan kod pakaian pekerja kedai makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Terengganu tidak mempunyai sebarang garis panduan kod pakaian pekerja wanita di gerai makanan dan kedai francais setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan Negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, perkara itu  adalah di luar bidang kuasa PBT.

“Kesalahan pemakaian tidak sopan adalah bidang kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) di bawah Seksyen 34, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu kesalahan berpakaian tidak sopan di tempat awam.

“Jika sabit kesalahan, individu tersebut boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika menjawab soalan lisan Dr Mamad Puteh (Pas-Kuala Berang) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Katanya, bidang kuasa PBT  bagi premis makanan, restoran dan kedai makan adalah berdasarkan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya