Pantau pelajar sebar gambar lucah guna AI

Pantau pelajar sebar gambar lucah guna AI

AZNAN TAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan terus memantau isu pelajar menyebarkan gambar suntingan berunsur lucah melibatkan pelajar perempuan lain di semua sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, perbuatan itu adalah jenayah yang serius dan tidak seharusnya berlaku dalam kalangan pelajar.

Katanya, JPNJ akan memastikan teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak disalahgunakan oleh pelajar bagi perkara yang negatif dan memudaratkan.

“Ini adalah sisi gelap AI yang menjadi kerisauan kita. Kita tak mahu pelajar menyalahgunakan teknologi ini.

“Justeru, JPNJ menerusi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah akan memantau secara dekat isu ini supaya ia tidak berulang,” katanya ditemui selepas menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri Kelab Media Johor di Dewan Hassan Abdullah di Kampung Pasir, di sini malam tadi.

Minggu lalu, sebuah sekolah menengah persendirian di Kulai dikecam orang ramai berikutan cara menangani insiden pelajar menyebarkan gambar suntingan berunsur lucah melibatkan pelajar lain dan bekas pelajar sekolah itu.

Susulan itu, lembaga pengarah sekolah itu menjelaskan bahawa salah seorang pelajar yang menjadi dalang dalam insiden berkenaan telah dibuang sekolah dan bukannya sekadar diberikan teguran seperti yang didakwa segelintir pihak, namun mengakui pihak sekolah gagal bertindak pantas dalam menangani perkara berkenaan yang akhirnya mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Aznan menasihati ibu bapa supaya memantau anak-anak  ketika menggunakan telefon pintar agak tidak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

Dalam pada itu, polis negeri ini memaklumkan pihaknya menerima 29 laporan berkaitan kes tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya