KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT) mengetuai ketiga-tiga cabang ATM bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, hari ini.
PAT, Datuk Mohd. Nizam Jaafar diiringi Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Tentera Laut (PTL), Datuk Zulhelmy Ithnain dan Panglima Tentera Udara (PTU), Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.
Mereka tiba kira-kira 12.30 tengah hari sebelum solat jenazah bermula.
Pak Lah meninggal dunia pada usia 86 tahun iaitu pada malam semalam di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Doktor yang bertanggungjawab merawat Pak Lah di IJN memaklumkan bahawa Allahyarham mengalami masalah pernafasan lalu dimasukkan ke dalam wad sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya pukul 7.10 petang.
Allahyarham merupakan Perdana Menteri kelima yang berkhidmat dari tahun 2003 sehingga 2009 bagi menggantikan Mahathir.- UTUSAN