Pakai selendang dedah leher, anak rambut, Qasrina Karim ditegur netizen - Utusan Malaysia

Pakai selendang dedah leher, anak rambut, Qasrina Karim ditegur netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bakal bergandingan dengan Meerqeen untuk sebuah drama bersiri, penampilan pempengaruh dan pelakon, Qasrina Karim dikritik netizen.

Menerusi sebuah hantaran di TikTok, Qasrina dilihat selesa mengenakan selendang berwarna hitam yang mendedahkan bahagian leher dan anak rambutnya ketika sedang bersiap sedia untuk menjalani penggambaran bersama Meerqeen.

Dalam perkongsian sama, Meerqeen dan Qasrina dilihat saling bertentangan mata seolah sedang mencipta keserasian untuk drama yang bakal dibintangi mereka.

Kurang senang dengan penampilan tersebut, rata-rata netizen menegur Qasrina untuk menutup auratnya dengan sempurna.

“Qas memang pakai tudung macam itu ke sebelum ini?,” komen seorang netizen.

“Untuk yang tidak tahu, memang sudah lama Qas pakai tudung macam itu. Cuma dulu orang tidak kenal dia sangat,” kata seorang netizen.

“Sekurang-kurangnya pakai pin. Meerqeen itu aktif budaknya. Buatnya dia pusing tersangkut selendang itu. Terpelanting selendang kau kak,” kata seorang lagi pengguna media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya