Pak Lah sinonim slogan ‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’

Pak Lah sinonim slogan ‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi bukan sahaja dikenali sebagai pemimpin negara disegani, tetapi penggerak modal insan di negara ini.

 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Allahyarham yang dikenali sebagai Pak Lah disifatkan sebagai pemimpin yang bersikap bersederhana namun tegas dalam melakukan perubahan ketika pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri.

 

“Antara perkara yang masih kita ingat yang memberikan kesan kepada negara adalah konsep modal insan.

 

“Menurut Pak Lah, sesebuah negara bukan terbina hanya dengan bangunan, jalan atau prasarana tetapi adalah kerana rakyatnya yang mengamalkan modal insan.

 

“Pak Lah juga telah mengetengahkan konsep Islam Hadhari yang mana Islam itu membawa peradaban, tamadun dan kemajuan kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Negara, hari ini.

 

Selain itu, Ahmad berkata Pak Lah juga mencipta slogan yang diingati rakyat iaitu Cemerlang, Gemilang, Terbilang yang mana kejayaan sesebuah negara bermula dengan tiga prinsip ini.

 

“Pada masa sama, saya amat terkesan dengan pemergian beliau kerana Pak Lah ketika menjadi Presiden UMNO dan Pengerusi BN telah menandatangani watikah untuk menjadikan saya calon Parlimen Pontian pada 2008,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN