Pak Lah perkenal J-Qaf pastikan anak-anak murid celik al-Quran

Pak Lah perkenal J-Qaf pastikan murid celik al-Quran

ABDULLAH AHMAD BADAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program J-Qaf yang merupakan cetusan idea Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi memastikan supaya pelajar sekolah rendah celik al-Quran sebelum memasuki peringkat menengah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Abdullah mengambil serius berkenaan usul agama ketika Perhimpunan Agung UMNO 2004 berhubung anak-anak muda yang ketika itu tidak boleh membaca al-Quran.

Katanya, Abdullah atau Pak Lah selaku Perdana Menteri kemudian mengarahkan satu program khas diperkenalkan dengan nama J-Qaf singkatan kepada pengajaran Jawi, Quran, Bahasa Arab asas dan Fardu Ain.

“Saya ingat lagi waktu itu hangat diperbahaskan di Perhimpunan Agong UMNO 2004, perihal dapatan kajian di PLKN ramai anak-anak muda yang masih tidak boleh membaca Al-Quran. 

“Mengambil serius usul Agama PAU tersebut, Pak Lah selaku Perdana Menteri sendiri mengarahkan satu program khas diperkenalkan dengan nama J-Qaf singkatan kepada pengajaran Jawi, Quran, Bahasa Arab asas dan Fardu Ain,” katanya dalam kenyataan Facebook.

Asyraf Wajdi yang juga Pengerusi Mara berkata, matlamatnya antara lain bagi memastikan anak-anak mulai diajar membaca dan wajib khatam Al-Quran sebelum tamat darjah 6 sekolah rendah. 

“Bermakna pengajian Al-Quran secara sistematik diajar sebagai satu program khas dalam arus pendidikan perdana negara,” katanya.

Katanya, seramai lebih 40,000 graduan-graduan pengajian agama, bahasa Arab dari universiti-universiti dalam dan luar negara termasuk Mesir, Jordan, Madinah, Yaman dan lain-lain diambil sebagai guru tanpa perlu melalui proses biasa seperti mempunyai sijil atau diploma pendidikan bagi mempercepatkan pelaksanaan program.

“Moga-moga jasa dan sumbangan besar Pak Lah akan menjadi asbab pahala jariah berpanjangan dan menempatkan Almarhum di kalangan para muttaqiin. Al-Fatihah untuk kita sedekahkah buat Almarhum,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya