Pak Lah bukan sekadar ‘boss’ - Syed Hamid

Pak Lah bukan sekadar ‘boss’ – Syed Hamid

SYED Hamid Albar keluar dari kediaman rasmi Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas memberikan penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri Kelima itu yang meninggal dunia semalam.-UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Beliau bukan sekadar ‘boss’ tetapi seorang sahabat”.

Demikian luahan bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar mengenai pemergian Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, Abdullah yang lebih dikenali sebagai Pak Lah mudah didekati kerana mempunyai perwatakan yang mesra dan tidak agresif.

Menurutnya, pentadbiran di bawah Pak Lah menyaksikan banyak perubahan kepada negara.

“Beliau (Pak Lah) cukup dedikasi pada tugasnya, sederhana, membawa kepada Islam Hadhari.

“Dia (sentiasa) bercakap tentang kegemilangan dan terbilang. Cara (atau) pendekatannya yang mesra pada rakyat serta pentadbiran,” katanya ketika ditemui pemberita di Carcosa Seri Negara, di sini.

Turut difahamkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof turut berada di dalam Kediaman rasmi Pak Lah, di sini.

Turut hadir sama ialah Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad; bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa.

Terdahulu, Abdullah meninggal dunia pada usia 86 tahun iaitu pada pukul 7.10 malam semalam di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Doktor yang bertanggungjawab merawat Pak Lah di IJN memaklumkan bahawa Allahyarham mengalami masalah pernafasan lalu dimasukkan ke dalam wad sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Allahyarham merupakan Perdana Menteri berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari tahun 2003 sehingga 2009 bagi menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN