PETALING JAYA: Selebriti terkenal, Neelofa tidak bersetuju dengan sikap sesetengah ibu bapa yang mendidik anak dengan menggunakan kekerasan seperti merotan.
Menurut Neelofa, ibu bapa yang mengamalkan cara didikan tersebut mempunyai pemikiran yang kolot dan mampu mengganggu tumbesaran anak-anak.
“Otak anak boleh rosak, emosi anak boleh rosak dan perkembangan boleh terbantut,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi hantaran seorang guru yang mahir dalam pengasuhan yang menyatakan kebimbangan tentang kaedah ibu bapa mendidik anak menggunakan rotan di Instagram Story.
Menerusi video tersebut, individu itu menjelaskan tindakan memukul anak boleh memberi kesan negatif kepada anak-anak terutamanya otak dan emosi mereka.-UTUSAN