Orang kaya jangan guna nama isteri untuk premium tanah murah - Sanusi

Orang kaya jangan guna nama isteri untuk premium tanah murah – Sanusi

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah mengesan trend segelintir pemohon yang sengaja meletakkan nama isteri tidak bekerja atau berpendapatan rendah bagi tujuan mendapatkan kadar premium tanah lebih murah di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kerajaan negeri akan kehilangan hasil akibat penipuan maklumat oleh pemohon yang tidak jujur.

“Ada kontraktor duit berkepuk (banyak), kereta Alphard lapan buah tetapi letak nama isteri suri rumah sebagai pemohon. Tujuannya untuk letakkan pendapatan bawah RM1,700 supaya layak terima premium tanah rendah.

“Pemohon kena jujur. Kalau orang miskin mohon tanah, RM10 pun kita boleh bagi. Tapi bila orang kaya buat-buat susah, itulah yang jadi masalah. Kita tak mahu hasil negeri hilang sebab maklumat palsu,” katanya.

Muhammad Sanusi (PN-Jeneri) menjawab soalan lisan Azhar Ibrahim (PN-Ayer Hitam) yang bertanyakan kutipan hasil bagi tahun 2024 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, hari ini.

Menurutnya, pejabat tanah akan menjalankan siasatan terhadap setiap permohonan dan menilai semula kelayakan pemohon secara terperinci bagi memastikan hanya golongan benar-benar layak menerima manfaat itu.

Ujar beliau, penipuan seperti ini boleh merugikan kerajaan negeri apabila tanah tersebut dijual atau digadai selepas tempoh pegangan selama 10 tahun.

“Ada yang bayar premium RM5,000, lepas 10 tahun nilai tanah boleh cecah ratusan ribu. Itu tak adil kepada negeri. Penilaian ini dilakukan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) sebagai agensi yang diberi mandat menilai kadar sebenar premium tanah,” ujarnya.

Terdahulu, Muhammad Sanusi memaklumkan, kutipan hasil negeri menunjukkan peningkatan yang konsisten setiap tahun iaitu RM596.1 juta pada tahun 2022, meningkat kepada RM629.04  juta (2023) dan mencapai kutipan tertinggi RM769.5 juta tahun lalu.

“Peningkatan ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan memperkukuh sumber hasil negeri dan bagi mencapai sasaran kutipan hasil sebanyak RM1 bilion menjelang 2028, kerajaan giat melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk mengenal pasti sumber hasil baru yang berpotensi untuk menjana pendapatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya