Ops Khas Aidilfitri: JPJ Johor keluar lebih 7,500 saman 

Ops Khas Aidilfitri: JPJ Johor keluar lebih 7,500 saman 

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 7,592 notis saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor sepanjang Op Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 mulai 31 Mac hingga semalam.

 

Pengarah JPJ negeri, Azmil Zainal Adnan berkata, sepanjang tempoh sembilan hari operasi itu, pihaknya memeriksa 23,715 buah kenderaan di seluruh negeri dengan tumpuan terhadap pematuhan peraturan keselamatan jalan raya.

 

“Antara kesalahan utama yang direkodkan ialah gagal memiliki lesen memandu sebanyak 1,696 kes, tiada atau gagal memperbaharui lesen kenderaan motor (1,423 kes) dan tiada perlindungan insurans (1,036 kes).

 

“Selain itu, kesalahan teknikal seperti tayar tidak diselenggara (101 kes), brek gagal berfungsi (38 kes) dan lampu brek tidak menyala (116 kes) turut dikesan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Seramai 329 pemandu juga dikenal pasti memandu secara berisiko tinggi dengan melanggar sembilan kesalahan utama yang sering menjadi punca kemalangan maut.

 

“Sebanyak 106 buah kenderaan turut disita kerana didapati tidak selamat dan tidak layak berada di atas jalan raya,” katanya.

 

Kata beliau, JPJ negeri memandang serius tahap pematuhan yang masih rendah dalam kalangan pengguna terutama pemilik kenderaan persendirian.

 

“JPJ tidak akan berkompromi dengan semua pihak termasuk syarikat, pemilik dan pemandu yang melanggar peraturan. Penguatkuasaan akan diteruskan bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya