Noraniza Idris jadi 'magnet' scammer? - Utusan Malaysia

Noraniza Idris jadi ‘magnet’ scammer?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ENTAH mengapa, seakan ada yang tidak Etnik Kreatif ini. Bukan apa, kalau dilihat, Noraniza Idris seringkali terjebak dengan kejadian malang melibatkan penipuan dengan yang terbaru menerusi isu scammer sebuah akademi latihan keusahawanan.

Terpedaya dengan janji bulan bintang pihak scammer, kejadian itu menyaksikan Noraniza hampir terduduk gara-gara mengalami kerugian sebanyak RM630,000 atas perniagaan produk makanan iaitu muruku yang diusahakannya bersama keluarga.

Keadaan itu menimbulkan persoalan rambang juga kerana Noraniza sebelum ini pun pernah terjerat menjadi mangsa penipuan individu atau pihak tidak bertanggungjawab.

Maka, apabila perkara lebih kurang sama berlaku meski situasi dan sebab berbeza, di mata kasar, ada yang berpendapat penyanyi ini bagaikan tidak serik-serik menjerat diri sendiri

mungkin tanpa diminta. Berpeluang duduk semeja dengan penyanyi lagu Ngajat Tampi dan Dikir Puteri ini baru-baru ini, Pancaindera mendapatkan penjelasan dan curahan hati si empunya diri.

J: Nampaknya, malang sentiasa mengekori Noraniza apabila bercakap pasal peluang niaga atau apa sahaja berkaitan dengannya. Apa agaknya yang boleh kakak katakan?

Kadang-kadang, akan ada satu tahun itu yang kita lalui seakan jatuh ditimpa tangga. Macam dalam industri muzik, kita bertanding dalam sebuah program pun ada menang kalah, ada kecewa ada rasa sedih. Bagi saya, perniagaan ini melibatkan kewangan, kepercayaan dan hendak berkembang itu memang perlukan modal yang tinggi. 

Kalau industri muzik ini lain, ia melibatkan prestij dan tahap kita berada di mana dan penerimaan muzik kita pada orang. Dari situ, saya banyak ubah cara berfikir dan ada baiknya juga bila jadi macam ini sebab kita lebih dekat dengan Allah. Saya percaya bila ada satu ujian atau cabaran itu, ia akan ada kemanisan di hujungnya.

Tetapi macam mana cara kita mahu atasinya itu kena ikut alirannya. Jika orang kata kakak seorang yang tidak bijak berniaga dan lebih baik menyanyi sahaja, apa penjelasan yang boleh diberikan?

Bagi saya, lain orang lain cara pengurusannya terhadap sesuatu. Kalau kita gagal dalam satu bidang ini, tidak bermakna kita kurang bijak dalam sesuatu urusan itu. Cuma saya akui silap langkah mengenal orang yang hendak kita bantu.

Mungkin itu salah satu faktor yang buat saya lebih kenal rupanya dalam bidang ini pun ada orang macam ini, yang langkah panjang mahu cari duit cara mudah. Jadi, saya buat satu peringatan, jangan terlibat dengan orang begini pada masa akan datang.

J: Apabila banyak kali terjerat dengan isu scammer, ada yang mengatakan Noraniza Idris ini seakan ‘magnet’ kepada orang seperti itu. Agaknya kenapa?

Saya pun tidak tahulah. Mungkin kerana saya ini cepat kasihan kepada orang. Sebab saya ini selalu terlibat dengan program amal kebajikan (CSR). Bila ada orang kadang-kadang datang minta derma, saya jenis yang tak akan bagi duit bulat-bulat. Saya akan usahakan cara untuk sediakan program contohnya untuk cari dana dan sebagainya.

Saya mudah kasihan pada orang sampai ke arah itu. Pada hemat saya, kalau buat satu program untuk individu malang itu, sekurang-kurangnya dana itu boleh digunakannya untuk keperluan dan kemudahannya.

Saya ini suka dekati diri dengan komuniti. Jadi, yang ramai mendekati itu kononnya nak membantu, tetapi akhirnya tidak. Apabila terlalu baik hati pun susah juga sebab ia akan memakan diri sendiri, setuju?

Sebab itulah anak saya pun marah dengan sikap saya ini, terlalu mudah percaya sangat pada orang. Saya pun tidak minta terjerat dengan benda begini. Kebanyakan yang datang pun, atas alasan kononnya mahu membantu.

J:Tetapi satu perkara tentang Noraniza Idris ini, jadilah apa pun, nampaknya kakak seorang yang tidak mudah mengalah dan akan terus bangkit. Komen?

Saya bukan jenis orang yang ‘lembik’ hendak menangis sentiasa, mahu merintih dan menyerah sahaja. Misal kata hari ini saya jadi begitu, biasanya keesokan hari saya seakan dah lupa dah apa yang terjadi semalam. Saya buat yang lain pula, buat dan terus buat.

Sama juga macam industri muzik, saya pun lakukan hal yang sama. Saya sejak 10 tahun lalu, memang ada satu tekad dalam hati yang mana apabila melangkah ke depan, saya tidak akan menoleh ke belakang.

Ia jadi macam satu akad yang mana, sampai sekarang kalau ada apa-apa berlaku, sedih atau apa, saya akan jadi lupa. Sebab itulah anak saya marah, kalau ada orang buat saya macam-macam pun saya anggap individu boleh berubah.

Sebab saya selalu fikir umur kita ini sentiasa meningkat dan sampai satu ketika orang akan berubah. Itulah kedegilan saya, mungkin sebab itulah orang begini suka rapat dan mendekati.

J: Pernah rasa mahu tinggalkan semua setelah menemui kegagalan dalam sesuatu yang dihasilkan?

Pernah, saya pernah sahaja jadi tawar hati nak buat sesuatu itu. Saya pun ada ‘gila’ saya. Tetapi, saya jenis yang cepat atasi semula atau neutralkan perasaan dan emosi itu kembali

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya