PETALING JAYA: Nilai kerosakan keseluruhan membabitkan kediaman terjejas dalam kejadian letupan paip gas di Putra Heights Selasa lalu mencecah RM65.4 juta.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah itu berdasarkan anggaran pasukan teknikal yang diketuai oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang membuat cerapan awal nilai kerugian bagi setiap rumah.
“Manakala anggaran nilai yang telah diselamatkan atas usaha agensi yang pantas ke lokasi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, serta tindakan proaktif dianggarkan sebanyak RM285.9 juta.
“Penilaian kerosakan kepada infrastruktur awam dan kawasan berdekatan sedang berjalan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.