Netizen meluat wajah Kim Soon Hyun dipertontonkan di tempat awam - Utusan Malaysia

Netizen meluat wajah Kim Soon Hyun dipertontonkan di tempat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Sebuah papan iklan di sebuah stesen keretapi di sini yang memaparkan wajah pelakon kontroversi, Kim Soo Hyun telah menyemarakkan api kemarahan netizen.

Rata-rata netizen bukan sahaja berang, malah mempersoalkan tujuan pemilik papan iklan itu menayangkan wajah pelakon berusia 37 tahun tersebut dalam ramai yang membencinya ketika ini.

“Sungguh memalukan! Stesen Hongdae tumpuan pengunjung. Apa niat mereka buat begini?

“Disebabkannya pelancong tertanya-tanya, ‘bukankah pelakon ini seorang penjenayah? Kenapa wajahnya dipamerkan di tempat awam? Apa sudah jadi dengan Korea?

“Peminat K-Pop seluruh dunia pasti tahu tentang isu beliau. Bahkan, kisahnya dilaporkan di BBC News. Jadi kenapa pula kita mahu mempromosi dia ditempat awam?” marah netizen di platform X.

Soo Hyun dihujani kecaman selepas dituduh menjadi punca kematian kekasihnya yang juga pelakon, mendiang Kim Sae Ron.

Kematian Sae Ron, yang berlaku pada hari ulang tahun Soo Hyun menimbulkan spekulasi dan pelbagai tanda tanya.

Ramai netizen juga berharap Soo Hyun dipenjarakan kerana menjalinkan hubungan dengan Sae Ron ketika usia mendiang masih bawah umur iaitu 15 tahun pada 2015.

Dalam netizen mempersoalkan tindakan mempamerkan wajah pelakon itu di kawasan umum, muncul peminat yang mempertahankan perkara itu.

“Beliau adalah bintang antarabangsa. Pergilah negara mana sekalipun, anda pasti akan melihat wajahnya di papan iklan.

“Jadi, bersedialah kerana anda akan sentiasa melihat gambarnya di banyak tempat.

“Beliau tidak akan tunduk dengan budaya menjatuhkan kamu semua,” tulis Kim Pearl di platform X. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya