Muntah, kaki kebas, Jovenea Jim kongsi detik seram sewaktu penggambaran Mantera - Utusan Malaysia

Muntah, kaki kebas, Jovenea Jim kongsi detik seram sewaktu penggambaran Mantera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Jovenea Jim berkongsi detik-detik dirasuk ketika melakukan penggambaran filem pertamanya, Mantera.

Kongsi Jovenea, kejadian tersebut menyebabkan dirinya muntah-muntah, kaki kebas serta lutut tidak boleh bergerak.

“Ada satu babak itu, kita buat di balai raya terbiar, keadaan agak huru-hara pada waktu pagi sehingga kita terlupa untuk berdoa.

“Babak itu melibatkan peralatan pemujaan yang hampir tepat dan bacaan mantera yang betul, jadi ketika itu saya rasa sangat berat dan sukar untuk mengawal diri saya,” katanya.

Dalam pada itu, Jovenea berkongsi antara babak yang sukar untuk dilakonkan adalah sewaktu upacara ‘momisok’ kerana melibatkan penghayatan emosi yang tinggi.

“Untuk babak yang melibatkan air mata, ia sangat mencabar kerana watak Tana sedikit kasar dan kelelakian, bila ada kematian lebih-lebih lagi melibatkan orang terdekat, saya perlu menitiskan air mata.

“Yang lebih mencabar untuk watak ini adalah bukan sahaja saya perlu bermain emosi, tetapi memerlukan teknik dan masa yang tepat untuk mengalirkan air mata di hadapan kamera,” jelasnya.

Selain babak itu, dia juga berkongsi kesukaran untuk menghafal mantera yang perlu dibacanya dalam bahasa yang jarang dia gunakan.

“Walaupun saya berbangsa Dusun, tetapi disebabkan bahasa itu bahasa Kuno, sangat susah untuk saya hafal, rasa macam nak menangis waktu itu.

“Saya rasa untuk babak itu sahaja, saya ambil dalam lima kali, tetapi disebabkan ada main angle kamera, kita boleh ‘cheat’ sedikit,” katanya.

Filem Mantera arahan Chester Pang bakal ditayangkan pada 24 April 2025 di 52 pawagam tempatan dan satu di Brunei.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya