Mufti Perlis gesa tindakan lebih tegas terhadap pemandu mabuk

Mufti Perlis gesa tindakan lebih tegas terhadap pemandu mabuk

MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan lebih tegas perlu diambil terhadap pemandu mabuk yang mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, hukuman paling berat perlu dikenakan terhadap mereka yang didapati bersalah sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan.

“Jika tidak, geng dadah dan puak peminum ‘todi’ dan arak akan menjadikan bahan-bahan haram itu sebagai kelonggaran untuk mereka meragut nyawa atau mencederakan orang lain. 

“Sejak dahulu isu ini telah ditimbulkan, kita berharap Kerajaan Madani yang selalu membicarakan tentang peradaban dan ketamadunan dapat berbuat sesuatu yang tepat dalam perkara ini,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki maut di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi, Johor selepas dilanggar sebuah kereta mewah yang dipandu dalam keadaan mabuk.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya