‘Mudah, jimat masa perbaharui dokumen peribadi’

‘Mudah, jimat masa perbaharui dokumen peribadi’

MUHAMMAD Adam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Mangsa kebakaran paip gas Putra Heights mengambil peluang memperbaharui dokumen pengenalan diri di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dekat pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights.

Zuraidah Zaibdin, 46, hanya sempat membawa dua dokumen pengenalan diri anaknya yang masih kecil ketika pulang beraya di kampung baru-baru ini.

“Saya tergerak hati untuk membawa dua dokumen pe­ngenalan diri itu, bagi memudahkan proses ke hospital sekiranya mereka sakit.

“Sewaktu kejadian berlaku saya berada di kampung di Taiping, Perak. Sebelum tinggalkan rumah, firasat saya untuk ambil surat beranak kedua-dua anak saya yang kecil kerana mereka belum ada MyKid,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Adam, 28, berkata, proses permohonan semula dokumen pengenalan diri berjalan lancar.

Dia yang mengalami kerugian penuh termasuk rumah, kenderaan dan dokumen pen­ting bersyukur atas usaha ber­kenaan.

“Saya ada 10 ahli keluarga yang tinggal di sana. Semua dokumen terbakar, termasuk kad pengenalan dan sijil kelahiran ahli keluarga saya dan memang tidak sempat selamatkan apa-apa,” katanya.

Nicholas Ng, 41, berkata, inisiatif itu amat membantu ter­utama mereka yang kehilangan semua dokumen dalam insiden kebakaran tersebut.

“Kami sekeluarga terdiri daripada lima orang, berjaya mendapatkan semula kad pengenalan dan sijil kelahiran dalam tempoh kurang dari setengah jam,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjangka lebih 500 orang mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights, akan memperbaharui dokumen kad pengenalan diri dan surat beranak mereka.

Pengarah JPN Selangor, Muhammad Hafiz Abdul Rahim berkata, buat masa ini, mangsa insiden kebakaran di PPS diberikan keutamaan terlebih dahulu, manakala orang luar boleh datang tetapi digalakkan melakukannya di pejabat JPN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya