MPPD pasang papan tanda jalan dwibahasa di Kg. Sungai Nipah

MPPD pasang papan tanda jalan dwibahasa di Kg. Sungai Nipah

HASNOR Abd. Hamid (dua dari kanan) besama Boon Lye (kanan) ketika membuat tinjauan isu papan tanda jalan bertulisan Cina di Kampung Sungai Nipah, Port Dickson hari ini.-UTUSAN/MOHD.SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sekurang-kurangnya 16 papan tanda jalan di Kampung Sungai Nipah di sini yang menggunakan tulisan bahasa Cina akan digantikan dengan papan tanda dwibahasa khususnya bahasa Melayu diberikan keutamaan.

Yang Dipertua MPPD, Hasnor Abd Hamid menjelaskan, papan tanda jalan sebelum ini telah dipasang sejak tahun 2018 oleh penduduk kampung berkenaan susulan perkampungan itu sering menerima kunjungan pelancong Malaysia.

Bagaimanapun katanya, pemasangan papan tanda jalan bertulisan Cina itu tidak mendapat kelulusan malah tidak dimaklumkan kepada MPPD dan pejabat daerah.

“Pemasangan papan tanda berkenaan dibuat penduduk kampung serta sukarelawan kerana kampung ini sering dikunjungi oleh pelancong dari China bagi mahu mengetahui sejarah berlakunya virus Nipah di kampung ini pada tahun 1999.

“Jadi kiami akan tanggalkan dan pasang baharu dengan saiz tulisan bahasa Kebangsaan akan lebih besar daripada bahasa kedua. 

“Bagaimanapun keputusan ini tidak membabitkan kawasan lain dan mereka perlu memohon kelulusan dengan MPPD,” katanya kepada pemberita di Kampung Sungai Nipah, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Yew Boon Lye berkata, sejak tular isu berkenaan di media sosial pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan MPPD bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Pada masa itu, mereka mahu pengunjung dari negara China memahami sejarah serta kampung ini dan mengambil inisiatif memasang papan tanda jalan dengan tulisan bahasa Cina ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya