MPP PKR belum terima rayuan rasmi berhubung pemilihan - Fahmi

MPP PKR belum terima rayuan rasmi berhubung pemilihan – Fahmi

MESYUARAT MPP PKR berlangsung di Seri Perdana, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR belum menerima sebarang rayuan rasmi daripada ahli parti yang tewas dalam pemilihan peringkat cabang baru-baru ini.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, proses rayuan akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang kemudiannya akan membentangkan perkara itu kepada MPP.

“Setakat ini, MPP belum menerima sebarang laporan secara rasmi. Maka, kita perlu tunggu mesyuarat (petang ini),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pemilihan peringkat cabang baru-baru ini menyaksikan beberapa tokoh besar tumbang antaranya, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli; Timbalan Menteri Perpaduan K Saraswati; Pengarah Strategi PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Rodziah Ismail.

Mereka yang tidak berpuas hati dijangka menghantar bantahan kepada JPP.

Ketika ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di Seri Perdana dipercayai bagi membincangkan isu terkait dengan pemilihan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya