Mohamed Usuf dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur 

Mohamed Usuf dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur 

RUSDI Mohd. Isa (tengah) menyaksikan penyerahan dokumen serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu oleh Azry Akmar (kiri) kepada Mohamed Usuf di IPK Kuala Lumpur hari ini.-UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa hari ini. 

Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/ Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menggantikan Datuk Azry Akmar Ayob yang akan bertukar ke Kontinjen Pahang sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang. 

Majlis serah terima tugas itu disaksikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa dan turut dihadiri pegawai kanan polis serta warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Mohd. Rusdi turut merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada Azry Akmar yang akan melangkah ke destinasi baru dalam meneruskan khidmat bakti kepada negara. 

“Terima kasih di atas segala komitmen dan khidmat bakti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sepanjang memegang jawatan ini (Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur).

“Selain itu, kami juga amat menghargai segala bentuk kepimpinan, bimbingan, pandangan dan nasihat serta semangat dedikasi yang telah ditunjukkan.

“Saya percaya pertukaran ini adalah satu langkah positif untuk terus mengembangkan potensi dan pengalaman dalam perkhidmatan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Mohamed Usuf yang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur baharu. 

“Berilah kerjasama yang terbaik kepada beliau agar semua penugasan dapat dijalankan dengan sempurna,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya