Mohamad Yusri pergiat kempen melalui media sosial

Mohamad Yusri pergiat kempen melalui media sosial

MOHAMAD YUSRI Bakir (dua dari kiri) menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri di Taman Sri Bidor, Tapah, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Berbaki dua hari tempoh berkempen, calon Barisan Nasional (BN), Dr. Mohamad Yusri Bakir mempergiatkan usaha mendekati golongan muda dengan menggunakan strategi kempen melalui media sosial.

Menurut Mohamad Yusri, 54, penggunaan media sosial dilihat memberi kesan yang baik bagi meraih sokongan pengundi, selain kempen bersemuka dengan pergi rumah ke rumah.

Katanya, kempen melalui medium itu juga digunakan bagi menyeru pengundi untuk pulang ke kampung bagi membuang undi, Sabtu ini.

“Kita ada dua hari lagi sehingga Jumaat ini, insya-Allah kita akan melipat-gandakan kempen di saat-saat akhir ini untuk memenangi hati pengundi di Ayer Kuning.

“Selain kempen dari rumah ke rumah, kita juga pelbagaikan cara kempen termasuk melalui platform digital. Langkah ini sangat baik kerana ia merupakan usaha yang bersesuaian dengan generasi muda.

“Melalui cara ini, kita boleh tunjukkan tawaran dan terangkan kepada mereka. Daripada segi akses, generasi baharu ini boleh mendapatkan maklumat walau mereka duduk di mana pun,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Mohamad Yusri merayu semua pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang merantau atau bekerja di luar agar pulang mengundi pada Sabtu ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya