Mohamad Yusri mahu bangunkan Ayer Kuning - Utusan Malaysia

Mohamad Yusri mahu bangunkan Ayer Kuning

MOHAMAD Yusri Bakir beramah mesra bersama jentera kempen Amanah pada pelancaran jentera Pilihan Raya Amanah PRK Ayer Kuning di Tapah semalam. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning berjanji akan merangka strategi bagi membangunkan kawasan itu sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat.

Mohamad Yusri Bakir, 54, berkata, sekiranya terpilih, kemenangan itu bukan untuk kepentingan peribadi tetapi demi kesejahteraan rakyat Ayer Kuning.

“Menang untuk kesejahteraan kita bukan untuk kepentingan peribadi saya tetapi penduduk dan pengundi Ayer Kuning,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Amanah – PRK N.48 Ayer Kuning di sini semalam.

Beliau turut sama secara simbolik bersama Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu melancarkan jentera pilihan raya itu sempena PRK tersebut.

Pada PRK DUN Ayer Kuning, Mohamad Yusri  ditentang calon Perikatan Nasional (PN) Abd.Muhaimin Malek, 44, dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya