Membina struktur atas kubur

Membina struktur atas kubur

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Membina struktur atas kubur

SOALAN
Setakat mana kita dibolehkan membina struktur atau binaan di atas kubur? Apakah hukumnya membina dan menghias kubur berlebih-lebihan?
-Fazlan Alimi, Pulau Pinang
JAWAPAN
Pembinaan struktur kubur di tanah perkuburan yang merupakan tanah waqaf tidak diizinkan. Cukup sekadar ditinggikan tanah yang disebutkan sebagai tastih.

Hukum siram pusara

SOALAN
Apakah tujuannya kita menyiram pusara atau menabur bunga dari segi hukum Islam? Adakah ia dibolehkan?
-Nora Ahmad
Kuala Lumpur

JAWAPAN
Hukum menyiram air di atas tanah kubur adalah tidak mengapa. Adapun taburan bunga-bungaan yang ada wangian tanpa ada niat untuk meniru agama lain adalah harus.
Ziarah kubur mesti berpakaian serba hitam?

SOALAN

Ziarah kubur mesti berpakaian serba hitam?

Adakah benar kita mesti berpakaian hitam jika menziarahi kubur? Adakah nas dan dalil mengenai hal ini?
Halimi Din

Kajang
JAWAPAN
Tidak ada ketetapan syarak dalam menziarahi kubur untuk memakai pakaian berwarna hitam atau puith. Apa yang penting pakaian yang dipakai beradab dan sopan. Sekiranya mereka memakai hitam, ia tidak menyalahi apa-apa.- UTUSAN

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada  [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya