PETALING JAYA: “Memang dulu saya jahil. Sekarang pun saya masih jahil.”
Demikian respons bekas isteri pengarah sensasi, Syamsul Yusof, Ira Kazar terhadap sesetengah netizen yang mengungkit kisah silamnya ketika membuat siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Menurut Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, dia sedar akan khilafnya suatu ketika dahulu, namun tidak terkesan dengan segala tohmahan yang dilemparkan terhadapnya.
“Sibuk saja. Ramai orang tahu saya ini dulu macam mana, tak perlu nak bagitahu orang dah,” katanya.
Tenang membidas kecaman tersebut, Ira turut menyifatkan individu yang melemparkan komen negatif terhadapnya itu sekadar mahu mengganggu ketenteraman orang lain.
“Orang-orang macam ini menggangu ketenteraman orang lain. Saya tidak rasa terganggu pun sebaliknya saya terhibur sebab awak masih kisah tentang saya,” katanya.
Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Namun, perkahwinan tersebut terlerai selepas Syamsul menceraikannya dengan talak satu pada 4 September tahun lalu. -UTUSAN