Mayat lelaki hilang ditemukan di Sungai Lubok Kedondong

Mayat lelaki hilang ditemukan di Sungai Lubok Kedondong

SEORANG lelaki yang dilaporkan hilang ditemukan lemas di kawasan Sungai Lubok Kedondong, dalam kawasan Tampin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ditemukan lemas di kawasan Sungai Lubok Kedondong, dalam kawasan Tampin, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd. Talib berkata, mayat mangsa dijumpai orang awam pada pukul 9.15 pagi, iaitubkira-kira 800 meter dari lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dengan terdapat kesan luka kecil pada badannya yang dipercayai akibat dihanyutkan arus deras.
Mayat dibawa ke hospital untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan kes orang hilang telah diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai lemas selepas dihanyutkan kepala air ketika mandi bersama dua rakannya di Kawasan Kolam Air Terjun Asahan, di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya