Mati akibat rebut kawasan minta sedekah 

Mati akibat rebut kawasan minta sedekah 

ANGGOTA polis melakukan siasatan forensik ke atas mangsa di hadapan sebuah bank di Seksyen 18, Shah Alam, Selangor hari ini-UTUSAN/ SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Gara-gara berebut kawasan, seorang peminta sedekah maut ditikam oleh seorang peminta sedekah lain di hadapan sebuah bank di Seksyen 18, di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari itu setelah berlaku pertelingkahan di antara suspek dengan mangsa, yang kedua-duanya warga tempatan berebut kawasan meminta sedekah.

“Suspek yang ingin meminta sedekah di kawasan itu (di hadapan bank) namun berlaku pertelingkahan mulut di antara mereka.

“Suspek kemudiannya telah bertindak mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam di bahagian dada mangsa beberapa kali sehingga mangsa jatuh terbaring dengan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri,” katanya pada hari ini.

Menurut Mohd. Iqbal, polis yang menerima panggilan berhubung kejadian kemudiannya telah menahan suspek di lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal polis mendapati suspek berumur 28 tahun itu mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.

“Mangsa yang berumur 40 tahun telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk proses bedah siasat.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Shah Alam esok. Siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”katanya – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya