Masjid seluruh Perlis laksana bacaan Qunut Nazilah

Masjid seluruh Perlis laksana bacaan Qunut Nazilah buat penduduk di Gaza

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seluruh masjid di negeri ini diarah membuat bacaan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir setiap solat fardu bermula esok sehingga satu tempoh dimaklumkan kelak. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, arahan itu dilaksanakan selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, langkah dilaksanakan itu adalah susulan perkembangan semasa tindakan serangan dan sekatan bekalan kemanusiaan tentera Israel dan pendatang haram Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.

“Adalah dengan ini diperintahkan kepada semua masjid di Perlis untuk membacakan Qunut Nazah pada rakaat terakhir solat lima waktu bermula daripada waktu Subuh, 9 April, sehingga ke satu tempoh akan dimaklumkan kelak,” titah baginda di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Gaza secara rasmi memasuki fasa pertama kebuluran ekoran sekatan Israel yang menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan ke wilayah tersebut.

Ketua Pejabat Media Kerajaan Gaza, Ismail Thawabteh berkata, hampir dua juta penduduk kehilangan sepenuhnya jaminan makanan.

Program Makanan Sedunia (WFP) sebelum ini turut melaporkan bahawa mereka tidak dapat menghantar sebarang bekalan makanan ke Gaza sejak 2 Mac akibat penutupan semua pintu sempadan oleh Israel untuk semua bekalan kemanusiaan dan komersial.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya