Mara terima aduan baharu babitkan kes buli

Mara terima aduan baharu babitkan kes buli

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejadian buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) membabitkan tujuh pelajar baru-baru ini membuka mata orang ramai apabila pengurusan Mara menerima aduan terbaharu berkenaan kes buli membabitkan Institut Pengajian Mara (IPMa).

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan susulan berkenaan dua aduan yang baharu diterima bagi membanteras gejala tersebut.

“Saya mengesahkan bahawa Ketua Pengarah Mara sudah terima dua tiga kes berkenaan buli di MRSM atau IPMA yang mana ia telah berlaku lama sebelum ini.

“Bagaimanapun, kes-kes ini masih dalam peringkat siasatan,” katanya pada sidang akhbar pada Majlis Amazing Syawal Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) di sini hari ini.

Asyraf Wajdi turut menyatakan bahawa budaya membisu atau menormalisasikan insiden buli tidak boleh dibenarkan berleluasa kerana ia memberi kesan jangka panjang terhadap pembentukan sahsiah pelajar dan ekosistem pendidikan Mara

“Pihak Mara telah menetapkan pelbagai inisiatif preventif termasuk kursus khas bersama kaunselor, pemantauan berjadual, dan penglibatan langsung pihak pengurusan.

“Dalam satu insiden terbaharu di MRSM, tindakan siasatan dan pengesyoran oleh jawatankuasa disiplin dilaksanakan dalam tempoh kurang 24 jam selepas laporan diterima. Langkah pantas ini membuktikan ketegasan Mara dalam menangani isu ini,” katanya.

Beliau turut menyeru kerjasama semua pihak termasuk rakan sebaya dan warga asrama bagi menyalurkan maklumat berkaitan perlakuan buli agar tindakan segera dapat diambil.

“Kita tidak mahu kes seperti ini hanya diketahui apabila sudah tular setahun kemudian. Kita mahu tindakan segera, adil dan tegas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya