Mara hasrat tukar nama MRSM Kepala Batas kenang jasa Pak Lah

Mara berhasrat tukar nama MRSM Kepala Batas kenang jasa Pak Lah

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (MARA) berhasrat menukar nama salah sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bersempena dengan Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia kelmarin.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan itu membabitkan MRSM Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Badawi.

Beliau berkata, usaha tersebut bagi mengenang jasa Abdullah yang mesra disapa sebagai Pak Lah kepada negara.

“Saya akan mendapatkan persetujuan YAB Menteri (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) untuk menamakan MRSM Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Badawi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Abdullah selamat dikebumikan pada pukul 2.30 petang di Makam Pahlawan, Masjid Negara di Kuala Lumpur, semalam.

Allahyarham disemadikan bersebelahan makam Perdana Menteri Ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn.

Terdahulu, lebih 3,000 jemaah hadir menunaikan solat jenazah Allahyarham di Masjid Negara yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya