Mangsa banjir Johor bertambah

Mangsa banjir Johor bertambah

ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengukur ketinggian paras air di halaman sebuah rumah di Kampung Baharu, Sri Gading Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading, di sini meningkat pada pukul 8 pagi ini berbanding petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, PPS yang dibuka sejak kelmarin kini menempatkan seramai 326 mangsa daripada 108 keluarga berbanding 285 daripada 94 keluarga petang semalam.

Pada Sabtu lalu 254 mangsa daripada 88 keluarga  dipindahkan ke PPS tersebut selepas hujan berlaku sepanjang malam sehingga menyebabkan air di tali air di Kampung Baharu melimpah ke kawasan kediaman penduduk.

“Hasil daripada laporan yang diterima hari ini, Sungai Senggarang berlaku peningkatan paras air, iaitu 3.35 meter dan kurang 0.15 meter untuk mencecah paras bahaya.

“Sungai Batu Pahat pula berada dalam paras waspada apabila mencatatkan paras air sedalam 2.30 meter,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya