Malaysia lakar sejarah tuan rumah sidang ASEAN-GCC

Malaysia lakar sejarah tuan rumah sidang ASEAN-GCC

ANWAR Ibrahim (tengah) semasa menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama, Bachok, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Malaysia melakar sejarah baharu apabila menjadi tuan rumah Persidangan ASEAN-GCC yang meliputi semua negara ASEAN dan enam negara Teluk termasuk Bahrain, dan Arab Saudi, bulan depan.

Sidang tersebut  turut dihadiri oleh Perdana Menteri China, Li Qiang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia memilih  berkawan dengan semua negara dalam menjaga kepentingan rakyat.

“Kita turut jemput China sebab sikap kita adalah terbuka. Sebab itu saya sentiasa menegaskan negara mesti bersih dan jangan izinkan rasuah.

“Ini adalah persidangan kali pertama yang kita anjurkan bersama negara ASEAN dan ketua negara Teluk,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama, di sini, hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud; Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Anwar berkata, penganjuran itu disebabkan kepercayaan negara-negara terlibat kepada Kerajaan Malaysia yang dibentuk hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya