Malaysia jemput perusahaan AI terkemuka China pertimbang tubuh ibu pejabat serantau

Malaysia jemput perusahaan AI terkemuka China pertimbang tubuh ibu pejabat serantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menjemput perusahaan kecerdasan buatan (AI) terkemuka dari China untuk mempertimbangkan penubuhan ibu pejabat serantau mereka di negara ini sejajar dengan sasaran Malaysia untuk menjadi hab kepimpinan AI di peringkat serantau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu sudah lama dinantikan oleh Malaysia bagi bertukar pandangan termasuk pengukuhan kerjasama AI.

“Saya memaklumkan bahawa Malaysia menantikan Lawatan Negara oleh Presiden Xi Jinping yang dijadualkan pada Selasa hingga Khamis ini.
“Justeru, kami turut bertukar pandangan antaranya terkait dengan potensi perdagangan dua hala meliputi ASEAN, termasuklah pengukuhan kerjasama AI dan digital.

“Pastinya lawatan ini mencerminkan hubungan yang mendalam dan terjalin lama antara Malaysia dengan China, terutama dengan Guangxi sebagai rakan wilayah yang penting,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan bahawa pada pertemuan kali ini, kedua-dua pihak turut menyentuh mengenai usaha memajukan inisiatif ‘Dua Negara, Taman Berkembar’ membabitkan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP).

Beliau berkata, inisiatif itu menunjukkan kemajuan positif dengan 19 projek bernilai RM25.68 bilion diluluskan dan jangkaan pewujudan lebih 10,000 peluang pekerjaan.

“Hingga kini, RM20.77 bilion direalisasikan dengan 7,572 pekerjaan diwujudkan, hatta ini menunjukkan manfaat ketara kerjasama Taman Berkembar kepada ekonomi dan tenaga kerja Malaysia,” katanya.

Anwar berkata, China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia untuk tahun ke-16 berturut-turut pada 2024 dengan jumlah dagangan mencecah AS$106.04 bilion (RM484.12 bilion).

Beliau berkata, Guangxi sebagai pintu masuk China ke ASEAN pula memainkan peranan penting dalam memudahkan perdagangan dan pelaburan dua hala.

“Moga hubungan diplomatik Malaysia dengan China terus berada pada tahap matang sehingga mampu menghadapi sebarang isu dan cabaran mendatang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya