Malaysia, Indonesia fokus industri halal, perkasa belia

Malaysia, Indonesia fokus industri halal, perkasa belia

AHMAD Zahid mengadakan pertemuan rasmi bersama Gibran Rakabuming Raka di Jakarta, Indonesia.-FACEBOOK/ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Indonesia bersetuju memperluaskan kerjasama dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional (TVET), industri halal serta pemberdayaan belia dalam menerokai hubungan lebih kukuh antara kedua-dua negara.

Perkara itu merupakan antara hasil pertemuan rasmi antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka.

Ahmad Zahid berkata, berkata, beberapa inisiatif strategik telah dibincangkan termasuk kerjasama antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dengan beberapa wilayah di Indonesia dalam usaha mempertingkatkan mutu pendidikan teknikal dan latihan kemahiran di rantau ini.

Katanya, kedua-dua negara turut meneliti peluang dalam sektor halal bagi mengenal pasti cabaran bersama serta mengembangkan potensi industri tersebut ke peringkat serantau dan antarabangsa.

“Dalam sektor ekonomi, Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk meneroka kerjasama memperkukuh industri francais di ASEAN serta membuka lebih banyak ruang kepada usahawan muda untuk berkembang di pasaran serumpun,” katanya ketika pertemuan di Istana Wakil Presiden Indonesia di Jakarta.

Ahmad Zahid berkata, lawatan itu turut menekankan pemerkasaan belia menerusi program pertukaran pelajar, keusahawanan sosial dan inovasi yang menjadikan golongan muda sebagai pemacu utama pembangunan masa depan kedua-dua negara.

“Saya percaya hubungan ini yang terjalin atas ikatan sejarah, budaya dan politik akan terus memperkukuh kerjasama dua hala. 

“Dengan semangat solidariti, Malaysia dan Indonesia mampu melangkah lebih jauh bersama dalam pelbagai bidang strategik,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah kepada Gibran atas pelantikannya sebagai Naib Presiden termuda dalam sejarah Indonesia.

“Saya yakin bahawa kepimpinan beliau yang inovatif dan berani mampu membawa Indonesia ke arah masa depan yang lebih gemilang,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya