Malaysia-China meterai 31 MoU pelbagai bidang strategik

Malaysia-China meterai 31 MoU pelbagai bidang strategik

ANWAR Ibrahim bersalaman dengan Xi Jinping pada majlis pemeteraian MoU antara Malaysia dan China di Putrajaya. - FOTO PEJEBAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia dan China hari ini memeterai 31 memorandum persefahaman (MoU) yang merangkumi pelbagai bidang kerjasama strategik yang memanfaatkan kepentingan kedua-dua negara.

Kerjasama itu termasuk Kecerdasan Buatan (AI), ekonomi digital, pelancongan dan pendidikan yang mana majlis pertukaran dokumen perjanjian itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden China, Xi Jinping sempena lawatan ke Malaysia.

Tiga dokumen penting ditandatangani di bawah Kementerian Luar antara Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Luar China, Wang Yi melibatkan kerjasama dalam mempromosi Inisiatif Keselamatan Global, Inisiatif Peradaban Global, serta pembangunan dan pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global.

Perjanjian penting lain ialah pengecualian visa timbal balik untuk pemegang pasport biasa dan pasport urusan rasmi yang dimeterai antara Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Wang Yi.

Selain itu, tiga MoU lain ditandatangani melibatkan bidang perdagangan, merangkumi perdagangan dalam perkhidmatan, standardisasi kerjasama serta penambahbaikan inisiatif ‘Dua Negara, Dua Taman’ Malaysia-China.

Perjanjian itu dimeterai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.

Kedua-dua negara turut menandatangani perjanjian memperkukuh kerjasama dalam sektor rel, melalui Kementerian Pengangkutan yang diwakili oleh Menteri Anthony Loke dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Kerjasasama dalam sektor digital pula menyaksikan dua MoU dimeterai antara Kementerian Digital dan Suruhanjaya Pembangunan dan Reformasi Kebangsaan China (NDRC), melibatkan kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan dan ekonomi digital.

Tidak ketinggalan kerjsama pendidikan melibatkan Kementerian Pendidikan dengan Presiden dan Ketua Pengarang Kumpulan Media China (CMG), Shen Hai Xiong, khusus dalam bidang terjemahan dan penerbitan karya klasik.

Selain itu, kedua-dua negara bekerjasama dalam bidang pertanian dan keselamatan makanan, sains dan teknologi, pendidikan tinggi serta pelancongan, seni dan budaya.

Beberapa MoU juga dimeterai antara organisasi media serta institusi pendidikan tinggi dari kedua-dua negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya