Malaysia bincang reaksi balas tarif baharu Trump Isnin ini

Malaysia bincang reaksi balas tarif baharu Trump Isnin ini

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melakukan perbincangan pada Isnin ini sebagai reaksi balas kepada tarif baharu dikenakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perbincangan itu juga akan menjurus kepada hasil mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan ASEAN esok serta mesyuarat National Geoeconomic Command Centre (NGCC) Isnin ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini turut membincangkan mengenai tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

“Jemaah Menteri juga dimaklumkan isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan ASEAN yang akan dipengerusikan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz esok.

“Susulan itu, Isnin ini, NGCC akan bersidang dan hasil daripada mesyuarat esok dan perbincangan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dengan ketua kerajaan negara ASEAN,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, sebarang keputusan akan ditentukan selepas mesyuarat para menteri perdagangan ASEAN yang dijadual berlangsung esok.

Fahmi berkata, satu rombongan akan dihantar ke Amerika Syarikat bagi tujuan diplomasi dan perbincangan perdagangan.

“Tarif tepat belum boleh saya sebut di sini, tapi semua tertakluk kepada keputusan dan kelulusan Jemaah Menteri hasil daripada mesyuarat esok dan mesyuarat pada hari Isnin.

“Ini adalah sebahagian daripada langkah proaktif kerajaan dan kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN. Ini adalah usaha untuk menggembeling semua isu dan pandangan yang dihadapi oleh negara-negara ASEAN.

“Kita berhasrat untuk mengadakan perbincangan itu sebaik mungkin sebagai ASEAN itu sendiri,” katanya.

ASEAN yang terdiri daripada 10 negara, adalah antara pihak yang dikenakan tarif tertinggi oleh Presiden AS, Donald Trump.

Menerusi tarif baharu itu, Kemboja dikenakan 49 peratus, Laos (47 peratus), Vietnam (46 peratus), Myanmar (44 peratus), Thailand (36 peratus), Indonesia (32 peratus), Malaysia (24 peratus), Brunei (24 peratus) dan Filipina (17 peratus). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya