Malaysia anjur dialog serantau TVET ASEAN

Malaysia anjur dialog serantau TVET ASEAN

AHMAD Zahid Hamidi ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis TVET Negara di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menganjurkan Dialog Polisi Serantau Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional ASEAN (ATC) bermula 11 hingga 13 Jun depan di Kuala Lumpur.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dialog itu dianjurkan sempena Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara berkata, program itu turut dianjurkan sempena Hari TVET Negara 2025.

“Penganjuran dialog ini selaras komitmen Malaysia dalam memacu kerjasama serantau ke arah pembangunan modal insan berkemahiran dalam bidang
TVET,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis TVET Negara Bil. 1 Tahun 2025, di sini hari ini.

Katanya, sambutan Hari TVET Negara 2025 akan diadakan pada 11 hingga 13 Jun 2025 di Melaka International Trade Centre (MITC) menghimpunkan penyertaan menyeluruh daripada semua kementerian dan agensi berkaitan TVET di seluruh negara.

Mengulas lanjut, katanya, mesyuarat hari ini telah membincangkan pelbagai agenda strategik ke arah memperkukuh landskap TVET negara.

“Ia termasuk isu ketersediaan bakat tempatan yang kini menjadi cabaran utama dalam memenuhi keperluan sektor pelaburan dan industri berteknologi tinggi, seperti sektor semikonduktor, automasi dan tenaga boleh diperbaharui.

“Dalam mesyuarat ini juga, beberapa kertas pemakluman telah dibentangkan termasuk inisiatif pembangunan teknousahawan TVET, status pelaksanaan Data Raya TVET, pelaksanaan penarafan tunggal program TVET dan dapatan penilaian akreditasi Program Diploma Vokasional Malaysia.

“Kesemua inisiatif ini mencerminkan langkah proaktif Kerajaan Perpaduan dalam memperkukuh ekosistem TVET negara,” katanya.

Katanya, mesyuarat juga dimaklumkan Sistem UP_TVET merupakan satu platform single window telah dibangunkan bagi permohonan ke program-program
TVET yang ditawarkan oleh institusi awam dan swasta di seluruh negara.

Melalui sistem ini, katanya, peluang menyambung pengajian dalam bidang TVET terbuka sepanjang tahun dengan pelbagai pilihan yang fleksibel.

UP_TVET Flexi, yang telah mula diperkenalkan sejak Januari 2025, membolehkan individu mengikuti latihan kemahiran secara modular dan anjal mengikut kesesuaian jadual masing-masing.

Manakala, UP_TVET Perdana bagi Kursus Sepenuh Masa Ambilan Julai 2025 akan dibuka untuk permohonan mulai 14 April hingga 15 Jun 2025, memberi peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta individu yang berminat untuk meneroka bidang kemahiran yang relevan dengan keperluan industri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya