Majlis Aidilfitri UPSI erat ubungan strategik bersama media

Majlis Aidilfitri UPSI erat ubungan strategik bersama media

Dr. Md. Amin Md. taff menayampaikan sijil penghargaan kepada wakil Utusan Malaysia, Laupa Junus dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UPSI bersama media dan rakan strategik di ibu negara malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kerja anda semua ini sebenarnya dakwah. Media bukan sahaja menyampaikan maklumat, tetapi menghidupkan semula nilai insan dalam masyarakat moden.”

Demikian kata Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr. Md Amin Md Taff ketika berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UPSI bersama media dan rakan strategik yang berlangsung meriah di Seri Pacific Hotel, malam tadi.

Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan UPSI terhadap sumbangan para pengamal media dan rakan kerjasamai yang banyak membantu menyebarluaskan pembaharuan dan kejayaan universiti.

Menurut beliau, media memainkan peranan besar dalam memastikan usaha UPSI membentuk masyarakat berilmu dan berakhlak tinggi dapat difahami oleh rakyat.

“Tanpa komunikasi yang baik, tanpa strategi promosi yang berkesan, banyak perubahan yang kita buat tidak akan sampai kepada masyarakat,” katanya.

Beliau turut menyifatkan penglibatan media sebagai rakan penting dalam membina semula nilai-nilai insani yang semakin luntur dalam masyarakat hari ini.

“Yang semakin hilang dalam dunia moden ini adalah jiwa dan insan. Media perlu bantu kita kembalikan nilai-nilai ini,” ujar beliau penuh semangat.

Majlis tersebut turut dihadiri wakil-wakil media tempatan, rakan industri dalam suasana penuh mesra dan harmoni. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya