MAIWP sumbang RM200,000 kepada mangsa kebakaran Putra Heights

MAIWP sumbang RM200,000 kepada mangsa kebakaran Putra Heights

MOHD. NA’IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan sumbangan RM200,000 kepada mangsa kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pihaknya sempat melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights berdekatan lokasi kejadian.

“Dua hari lepas saya turun sendiri ke PPS Masjid Putra Heights berdekatan lokasi insiden kebakaran paip gas yang berlaku baru-baru ini.

“Melihat kesan yang ditinggalkan dan mendengar sendiri cerita mangsa benar-benar menyentuh hati saya,” katanya menerusi laman Facebook.

Beliau berkata, sumbangan tersebut bagi meringankan beban mangsa selain sebagai tanda solidariti dan prihatin terhadap mangsa.

“Saya berdoa agar mereka terus diberi kekuatan dan insya-Allah, kerajaan akan terus hadir bersama rakyat dalam susah dan senang,” katanya.

Untuk rekod, jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights mencatatkan peningkatan setakat pukul 8 pagi tadi.

Berdasarkan status terkini PPS Selangor, sejumlah 311 mangsa daripada 84 keluarga direkodkan.

Ia membabitkan 101 lelaki, 112 wanita, 49 kanak-kanak lelaki, 45 kanak-kanak perempuan dan empat bayi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya