Lucah: Pelajar direman 5 hari

Lucah: Pelajar direman 5 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pelajar berusia 16 tahun ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menyebarkan gambar suntingan berunsur lucah melibatkan pelajar dan bekas pelajar sebuah sekolah persendirian di Kulai.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Nabilah Nizam selepas permohonan dari pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pagi tadi.

Selain itu, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun turut ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes tersebut, yang disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyebaran kandungan lucah melalui media sosial.

Minggu lalu, remaja bawah umur itu ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan menyunting gambar lucah menggunakan wajah mangsa dan mengedarkannya dalam media sosial untuk dijual kepada orang awam.

Kes itu terbongkar selepas seorang remaja perempuan berusia 18 tahun membuat laporan polis selepas mendapati wajahnya telah digunakan dalam gambar lucah yang tular dalam laman sosial.

Setakat semalam, polis telah menerima 29 laporan mengenai kes penyebaran gambar lucah yang membabitkan pelajar perempuan, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan dan etika di kalangan golongan muda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya